RPH



RANCANGAN MENGAJAR HARIAN TAHUN 1
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
Topik: Haiwan
Standard Kandungan: 3.1 Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan.
Standard Pembelajaran:3.1.1 Mengenal pasti haiwan yang terdapat di sekeliling seperti kucing, ikan, burung, ular, katak, lipas, siput dan rama-rama.
3.1.2 Mengenal pasti bahagian tubuh haiwan.
Tempoh masa:1 Jam
Sumber:
1. Slaid power point
2. Video lagu
3. Permainan
4. Kuiz  
5. Lembaran kerja

Aktiviti:
Set Induksi
1. Murid menyanyi lagu 'Bangau oh Bangau'bersama guru. 
2. Guru menyoal beberapa soalan kepada murid seperti 'apakah jenis-jenis haiwan yang       terdapat dalam lagu tersebut'.
3.  Guru memperkenalkan tajuk pengajaran

Langkah 1
1. Guru menunjukkan slaid yang memaparkan pelbagai gambar-gambar haiwan.
2. Guru meminta murid-murid menyebut nama-nama haiwan berdasarkan slaid tersebut.
3. Guru mengemukakan beberapa soalan berkaitan haiwan tersebut.                                

Langkah 2
1. Guru menunjukkan kembali slaid gambar haiwan
2. Guru menyoal beberapa soalan kepada murid berkaitan bahagian-bahagian tubuh haiwan tersebut
3. Murid memberikan jawapan berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.
4. Guru memberikan penerangan berkaitan bahagian tubuh badan haiwan

Langkah 3 
1. Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan.
2. Dalam kumpulan tersebut, murid-murid akan bermain permainan yang telah disediakan.
3. Guru menyoal beberapa soalan kepada setiap kumpulan berdasarkan permainan tersebut.

Langkah 4
1. Guru memberikan soalan kuiz dan memanggil beberapa orang murid untuk menjawabnya.
2. Guru memberikan lembaran kerja kepada setiap murid.
3. Murid menjawab soalan lembaran kerja tersebut.

Langkah 5
1.  Guru memberikan lembaran kerja pemulihan kepada murid yang belum menguasai tajuk pengajaran dan lembaran kerja pengayaan kepada murid yang telah menguasai tajuk pengajaran

Penutup
1.  Guru menerangkan kembali secara ringkas tentang tajuk p&p pada hari tersebut.




Gratisan Musik